AHAD, 11 JULAI 2022
BAU: Seramai 31 Ketua Isi Rumah Muslim dari Kampung Tembawang Baru telah menerima sumbangan daging korban sempena Hari Raya Aidliadha pada Ahad.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, di Surau Kampung Tembawang Baru, Bau.
Seramai 31 isi rumah mualaf telah menerima sumbangan daging korban tersebut yang telah diagih beliau sendiri disitu pada Ahad.
Sebanyak lima ekor lembu yang telah disumbangkan oleh Adun Opar sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.
Hadir sama ke majlis tersebut adalah Ketua Kampung Tembawang Baru, Umar Ibrahim, Ketua Kaum Kampung Tembawang Baru serta Kaunselor Nody Marin.-EDISI UKAS