ISNIN, 11 JULAI 2022
BAU: Masyarakat Islam di daerah Bau turut tidak ketinggalan menerima sumbangan daging korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Dato Henry Harry Jinep telah mengagihkan daging korban masyarakat Islam Bau pada Isnin.
Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Bau itu diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Melayu Bau.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru sebelum ini telah menyumbangkan dua ekor lembu bagi program tersebut.
Turut hadir sama mewakili Pegawai Daerah Bau Pegawai Tadbir, Muhammad Zakie Azmin, Penghulu Masyarakat Melayu Bau, Wahab Mainol, Ketua Kaum Kampung Melayu Bau, Zawawi Hamdan, Ketua Kaum Kampung Buso, Sakawi Bujang dan Ketua Kaum Kampung Pangkalan Bau, Zainal Mat. -EDISI UKAS