ADUN Satok Serikan Program Qurban Anjuran PBB Ranting Masjid

SELASA, 12 JULAI 2022

KUCHING: Sebanyak dua ekor lembu dikorbankan dalam Majlis Korban di Kampung Masjid (Segoleng) dan Kampung Bintangor Kecil 2022 dalam Program Ibadah Qurban 2022M/1443H diadakan pada Isnin.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.8 Satok, Dato Ibrahim Baki yang turut serta dalam aktiviti melapah daging sambil beramah mesra dengan penduduk di kedua-dua kampung berkenaan.

Turut hadir Ketua Ranting PBB Masjid Dato’ Abang Ariffin Abang Bohan, Timbalan Ketua Cawangan N8 Satok Helmi Othman, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Abdul Samat Gany, KK Kampung Masjid Salleh Sulong, KK Kampung Bintangor Kecil Jauyah Haji Zaidi, Penghulu Iskandar serta warga penduduk kampung.

Dato’ Ariffin dalam pada itu menzahirkan penghargaan kepada Dato Ibrahim dan Ahli Parlimen P194 Petra Jaya merangkap Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof atas sumbangan lembu untuk membolehkan program itu dilaksanakan.

Katanya, daging korban tersebut diagihkan kepada 20 orang asnaf dalam kawasan Petra Jaya dan kawasan Satok serta semua penduduk di dalam Ranting Masjid yang merangkumi warga Kampung Bintangor Kecil dan warga Kampung Masjid/Segoleng. – EDISI UKAS

add comment