SELASA, 12 JULAI 2022
MIRI: Miri Harmony Cultural Society telah mengadakan Cultures of China Water Cube Cup Chinese Song Contest bertempat di Bintang Megamall New Wing, Miri pada Ahad.
Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu belia berumur 12 hingga 18 tahun dan dewasa berumur 19 tahun ke atas dengan setiap pemenang juara, naib juara dan tempat ketiga akan mewakili Sarawak.
Pertandingan ini mencari wakil Sarawak ke peringkat Kebangsaan pada 24 Julai nanti di Kuala Lumpur.
Juara dan naib juara pada pertandingan peringkat kebangsaan akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Beijing, China nanti. -EDISI UKAS