Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat UOB Malaysia & SBF

SELASA, 12 JULAI 2022

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menerima dua kunjungan hormat di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Selasa.

Kunjungan hormat pertama adalah daripada rombongan United Overseas Bank (UOB) Malaysia yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ng Wei Wei.

Kunjungan hormat tersebut antara lain bertujuan membincangkan usaha-usaha UOB bagi membantu kerajaan Sarawak untuk membangunkan sektor-sektor bernilai tinggi seperti tenaga boleh diperbaharui, teknologi digital serta agroteknologi.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari kemudiannya menerima kunjungan hormat daripada Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) yang diketuai SBF Country Head (Thailand, Malaysia and Philippines) for Southeast Asia and Pacific Global Division 1, Tan Teck Lee.

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk menerokai peluang pelaburan dalam pelbagai sektor di Sarawak.

Antara yang turut serta pada kunjungan hormat tersebut ialah Presiden Persekutuan Persatuan Perniagaan Sarawak, Datuk Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg serta Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS), Chew Chang Guan. -Edisi UKAS

add comment