ADUN Tebedu Serah Projek RTP di Tiga Buah Kampung

KHAMIS, 14 JULAI 2022

TEBEDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang Bada menyerahkan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di Kampung Tebedu Mawang, Kampung Tesu Mawang dan Kampung Daha Kisau, pada Khamis.

Projek RTP Kampung Tebedu Mawang adalah bagi projek menaik taraf jalan pertanian di kawasan Puah, Tebedu Mawang sepanjang 1.1 kilometer bernilai RM200,000.

Seterusnya, projek membina baharu jalan pertanian di Kampung Tesu Mawang/Kura sepanjang 845 meter dengan melibatkan kos sebanyak RM150,000.

Manakala, Kampung Daha Kisau melibatkan projek memasang gabion tebingan sungai sepanjang 152 meter berjumlah RM300,000.

Difahamkan, kesemua projek berkenaan adalah merupakan Projek RTP Siri 1/2022 dan kerja pemantauan dan penyeliaan akan dibantu oleh Pejabat Daerah Tebedu. -EDISI UKAS

add comment