FSJA Adakan Kunjungan Hormat Pelawa Dato Sri Sim Hadiri Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2022

KHAMIS, 14 JULAI 2022

KUCHING: Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Premier Sarawak  yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Prof Dato Sri Dr Sim Kui Hian di pejabatnya di sini pada Khamis. 

Presidennya Andy Jong Wan Joon memberitahu, tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk menjemput Timbalan Premier Sarawak itu menghadiri Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2022 pada 9 Disember 2022 di Imperial Hotel Miri.

“Pada tahun ini, Dato Sri Dr Sim Kui Hian terus memberikan sokongan kepada FSJA dengan memberi sumbangan dalam menjayakan Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2022.

“Sumbangan ini adalah sebagai perbelanjaan menjayakan Anugerah Kewartawanan Kenyalang pada setiap tahun,” kata menerusi kenyataan media pada Khamis. 

Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2022 kali ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM250,000 dan akan dirasmikan Preimer Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. 

Dalam pada itu, FSJA juga memaklumkan penyertaan Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2022  (KJA 2022) telah dibuka pada 1 Julai 2022 melaui kaedah penghantaran pengisian borang secara atas talian (online form).

Penyertaan bagi Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2022 bermula 1 September 2021 hingga 31 Ogos 2022.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 September 2022 dengan setiap peserta boleh menghantar maksimum 4 penyertaan termasuk perseorangan atau berkumpulan.

Kaedah pengisian borang secara atas talian (online form) digunakan kepada peserta yang ingin menghantar salinan digital (softcopy) melalui storan awan atau menghantar salinan cetak (Hardcopy).

Peserta boleh menghantar penyertaan melalui salinan cetak melalui pos ke alamat Malaysia Press Institute (MPI) The Secretariat KJA 2022, Malaysia Press Institute (MPI), C2-3, Radius Business Park, Jalan Radius 1/1C, Cyber 4, 63000 Cyberjaya, Selangor di talian 03-86892717. -EDISI UKAS

add comment