14 JULAI 2022, KHAMIS
KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak telah mengadakan Ekspedisi Program ‘Juh Nambah Ilmu’ Siri 2 pada 4 hingga 7 Julai 2022 yang lepas bertempat di beberapa buah Perpustakaan Desa dan Pusat Komuniti Digital antaranya Lubok Antu, Maludam dan Sematan.
Antara Perpustakaan Desa dan Pusat Komuniti Digital telah dipilih untuk menjadi lokasi utama bagi penganjuran Program Juh Nambah Ilmu Siri 2, 2022 iaitu Komuniti Rumah Panjang Nanga Sumpa Lubok Antu, Perpustakaan Desa Meludam, Komuniti Kampung Pasir Hilir Biawak Sematan dan Komuniti Bersama Biro Wanita Kampung Serayan Hilir, Sematan.
Dalam kenyataan medianya pada Rabu, memberitahu program ini telah menarik lebih kurang 345 komuniti setempat.
Antara aktiviti yang telah diadakan untuk kanak-kanak, golongan belia, pelajar sekolah dan warga emas adalah program Ilmu di Hujung Jari khas untuk warga emas, sesi Bacaan Kegemaran Saya, PANDei (Semak Mule dan Tali Khidmat), Mencating Batik, aktiviti Makerspace seperti 3D Printing, 3Doodler, mBot, Hari Bersama Pelanggan dan Pendaftaran Ahli Pustaka secara percuma.
Tambah kenyataan itu lagi, Program “Juh Nambah Ilmu” ini merupakan satu program yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada komuniti dengan teknologi terkini serta memastikan komuniti setempat mendapatkan akses kepada maklumat dan pengetahuan.
Antara objektif penganjurannya ialah, membentuk masyarakat yang membudayakan ilmu pengetahuan dengan memberi pendedahan kepada masyarakat di luar bandar berkaitan dengan perkhidmatan/aktiviti perpustakaan dan mempromosikan ilmu dan pengetahuan di dalam melahirkan masyarakat yangbermaklumat dan berpengetahuan khususnya berkaitan teknologi sekarang.
Untuk dapatkan maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.pustaka-sarawak.com dan sosial media Pustaka Negeri Sarawak untuk perkembangan terkini.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pegawai seranta Nur Ashikin Ahmad, Unit Komunikasi di talian 0111-0870191 atau emel nuraa2@sarawak.gov.my. -EDISI UKAS