KHAMIS, 14 JULAI 2022
SEBUYAU: Majlis Ngiling Bidai bersempena dengan penutupan perayaan Hari Gawai Dayak 2022 di Dewan Masyarakat Kampung Bulan, Sebuyau disambut meriah oleh para penduduk setempat pada Rabu.
Program anjuran pihak Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tertangga (KRT) dengan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Bulan Sebuyau itu juga dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Kumang Gawai Kategori Veteran untuk individu berumur 50 tahun ke atas dan Pertandingan Pakaian Bertemakan Koboi bagi kategori kanak-kanak.
Dalam pada itu, Tuai Rumah Najel Achik memaklumkan program sedemikian dapat memberi peluang kepada Ahli Jawatankuasa KRT, PPWS dan JKKK Kampung Bulan untuk bekerjasama menjayakan program sekaligus mengeratkan silaturahim komuniti setempat. -EDISI UKAS