RM500,000 Diperuntuk Laksana Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak Di DUN Kalaka

KHAMIS, 14 JULAI 2022

SARATOK: Sebanyak RM500,000 diperuntukkan kepada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N38 Kalaka bagi Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) Fasa 1 tahun 2022 di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak.

Bagi memastikan projek ini berjalan lancar, Pegawai Daerah Saratok, Haron Mahidi telah memberi sedikit taklimat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri serta ketua masyarakat setempat mengenai syarat kelayakan serta skop pelaksanaan projek tersebut bertempat di Pusat Khidmat N38 Kalaka pada Khamis.

Difahamkan, kos untuk membaiki dicadangkan sebanyak RM15,000 bagi setiap projek.

Selain itu, kontraktor pelaksanaan juga akan dipilih dan diteliti supaya tidak bermasalah semasa pelaksanaan projek. – EDISI UKAS

add comment