264 Penduduk Daerah Beluru Terima BKM

JUMAAT, 15 JULAI 2022

BAKONG: Seramai 264 orang penduduk di daerah beluru menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong, Miri pada Khamis. 

Mereka yang menerima BKM ini terdiri daripada penduduk luar bandar dan pedalaman dari kawasan Bakong dan Tinjar yang tidak mempunyai akaun bank.

Bank Simpanan Nasional (BSN) telah membuka kaunter bagi membolehkan penduduk menerima BKM secara tunai. 

Proses pembayaran BKM berjalan dengan lancar bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Turut serta dalam proses pengagihan BKM ialah Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.-EDISI UKAS

add comment