Kerajaan GPS Utamakan Pendidikan Untuk Semua

JUMAAT, 15 JULAI 2022

SARIKEI: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberi penekanan utama terhadap bidang pendidikan untuk semua rakyat di negeri ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, sebanyak 31 buah sekolah di kawasan Repok telah memperolehi peruntukan dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM1,395,000 pada tahun 2021.

Manakala pada tahun 2022 katanya, sebanyak RM1,155,000 lagi peruntukkan RTP disalurkan kepada 23 buah sekolah di Repok.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada rakyat khususnya di kawasan Repok agar terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan GPS bagi meneruskan pembangunan di Sarawak.

Dato’ Sri Huang berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penangguhan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Sarikei kali ke-47, Tahun 2022 di Kompleks Sukan Sarikei pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau menambah kejohanan sukan sekolah merupakan salah satu usaha untuk membina semangat kesukanan selain menjadi platform melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang sukan.

Sebagai tanda sokongan, beliau telah menyumbang sebanyak RM10,000 kepada program berkenaan. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia