ADUN Meradong Sumbang Komputer Kepada Klinik Kesihatan Bintangor

SABTU, 16 JULAI 2022

BINTANGOR: Prihatin dengan kekangan dihadapi petugas di Klinik Kesihatan Bintangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah menyumbang sebanyak tiga unit komputer bagi memudahkan urusan harian di klinik berkenaan.

Ditemui semasa majlis ringkas penyerahan komputer itu pada Jumaat, Datuk Ding berharap sumbangan komputer tersebut dapat memudahkan tugas harian kakitangan di klinik tersebut yang terpaksa berdepan dengan ramai pesakit di Bintangor.

Ujarnya, kakitangan Klinik Kesihatan Bintangor telah banyak membantu dalam setiap urusan terutamanya semasa program vaksinasi COVID-19 sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada pihak klinik untuk datang ke Pusat Khidmat ADUN Meradong jika mempunyai sebarang permohonan lain. – EDISI UKAS 

add comment