Datuk Abdullah Saidol Serah Sumbangan Cek MRP Berjumlah RM30,000 Kepada Tiga Persatuan Serta Kelab

SELASA, 19 JULAI 2022

KUCHING: Tiga organisasi masing-masing menerima cek Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 daripada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol pada Isnin.

Organisasi berkenaan adalah Persatuan Sukan Touch Sarawak, Kelab Rekreasi RTM Sarawak dan Persatuan Sosial dan Kebajikan Bumiputera Batu Kawah.

Penyerahan cek MRP berjumlah RM30,000 itu telah disempurnakan oleh Datuk Abdullah Saidol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop di The Cliff Restaurant di sini.

Sementara itu, wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) sempat menemubual tiga wakil persatuan dan kelab tersebut perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan.

Senator, Dato Ahmad Ibrahim yang mewakili Persatuan Sosial dan Kebajikan Bumiputera Batu Kawah berkata, menerusi peruntukan tersebut, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di DUN Batu Kawah dapat melakukan pelbagai aktiviti selepas 2 tahun terjejas akibat pandemik Covid-19.

‚ÄúPeruntukan ini akan digunakan untuk mengadakan program kaum ibu tunggal, program asnaf kebajikan, sukan, program surau dan masjid dan JKKK serta program-program lain,” katanya.

Manakala, Vice President Malaysia Touch Association (MTA), Hafisz Rachman Drahman yang mewakili Persatuan Sukan Touch Sarawak berkata, dengan perunytukan tersebut misi seterusnya adalah untuk memfokuskan pembangunan belia di setiap bahagian di seluruh sarawak.

“Kita masih ketinggalan dalam sukan ini, jadi tugas dan amanah kita masa ini adalah untuk membangunkan sukan ini,” ujarnya.

Di samping itu, Penolong Pengarah Seksyen TV RTM Sarawak, Saiful Arini, menerusi peruntukan ini, Program One Moment In time yang dianjurkan untuk menghargai pelanggan RTM akan diperhebatkan lagi. -EDISI UKAS

add comment