RM100,000 Diperuntuk Naiktaraf Rumah Panjang Monica

ISNIN, 18 JULAI 2022

BUKIT BEGUNAN: Sebanyak RM100,000 akan diperuntuk di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan bagi menaiktaraf sebuah rumah panjang di Sebu Tengah.

Rumah Panjang tersebut dipimpin oleh Monica Achom yang baru-baru ini telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuai Rumah berdasarkan kepada pemilihan penduduk.

Perkara tersebut telah dimaklum oleh ADUN Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang semasa berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di rumah panjang tersebut pada Ahad.

Dalam majlis sama, Datuk Mong menyerahkan sijil pelantikan pertama kepada Monica dengan harapan agar Monica memberi kerjasama dengan penghulu kawasan serta agensi kerajaan terutama Pejabat Daerah dan Pejabat Residen Bahagian dalam setiap aspek demi kesejahteraan penduduk dan rumah panjang itu sendiri.

Menurutnya, tempoh bagi pelantikan pertama adalah selama empat tahun dan sekiranya Monica dapat menjalankan tugas sebaik mungkin untuk memajukan rumah panjang itu dengan sebaik mungkin, maka pelantikannya akan disambung.

Terdahulu, Tuai Rumah Monica dalam ucapannya berjanji akan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin di samping berusaha untuk mengaktifkan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita rumah panjang tersebut. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia