Anyi Hadiri Mesyuarat Pelaksanaan Projek RTP DUN Ngemah

KHAMIS, 21 JULAI 2022.

KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana menghadiri Mesyuarat Perlaksanaan Projek Di Bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Bagi DUN Ngemah.

Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan mengenai perlaksanaan projek RTP bagi DUN Ngemah.

Terdapat empat perkara yang dibincangkan iaitu Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), Projek Khas (SP), Projek Rakyat dan Baikpulih Jalan dan Jalan Kampung.

Selain itu, terdapat empat projek utama di bawah RTP DUN Ngemah yang sedang dalam pembinaan iaitu, Bina baru Jalan dan parkir kereta di kawasan Penempatan Nanga Ngungun berjumlah RM479,945.06, Menyimen halaman dan parit Rumah Assay Abol dan Jalan Simen Rumah Kilat Sabai, Nanga Kabah berjumlah RM347,293.92, Bina baru jambatan runtuh di Sungai Tarik, Ulu Ngemah, Kanowit berjumlah RM322,000 dan Bina baru jambatan runtuh di Sungai Tisang, Ulu Ngemah, Kanowit berjumlah RM 377,500.

Manakala terdapat satu Projek Rakyat di DUN Ngemah iaitu Bina Baru Dewan Serbaguna SPS Nanga Ngungun dengan kos berjumlah RM1.3 juta.

Turut hadir Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu Ir Wong Toh Koo, Pegawai Menguasa JKR Daerah Kanowit Mathew Dandi dan Majlis Daerah Kanowit Kaunselor Cliff Unting.-EDISI UKAS

add comment