JPNIN Bahagian Miri & Kelab Berbasikal Kerbau Bull Adakan Kayuhan Semarak Hari Sarawak

SABTU, 23 JULAI 2022

MIRI: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Miri dan Kelab Berbasikal Kerbau Bull telah mengadakan Kayuhan Semarak Hari Sarawak sebagai meraikan Hari Sarawak di Taman Jelita Miri pada Jumaat. 

Hadir merasmikan program tersebut Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni. 

Walaupun hujan, keadaan ini tidak mematahkan semangat peserta yang terdiri daripada Kelab Berbasikal Kerbau Bull untuk berkayuh serta mengedarkan bendera Sarawak di sekitar kawasan perumahan Taman Jelita Miri ini. 

Lukanisman dalam ucapannya berkata, tarikh 22 Julai ini diraikan sebagai meraikan Hari Sarawak dan ingatan bahawa Sarawak mempunyai kerajaan sendiri dan kemudiannya membentuk Malaysia. 

Beliau turut memberitahu kerjasama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu akan terus memberikan pembangunan kepada penduduk di kawasan perumahan ini. 

Hadir sama Pembantu Pembangunan Masyarakat Unit Pembangunan Komuniti Ahmad Zaini Rambli, Ketua Pasukan Kelab Kerbau Bull Fadzly Rusdi, Ketua Kaum Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir Arabi Dawet, Pengerusi-pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan guru TADIKA Perpaduan.-EDISI UKAS

add comment