Sambutan Hari Sarawak 2022 Meriah, Penuh Warna Warni

JUMAAT, 22 JULAI 2022

SIBU: Sambutan Hari Sarawak 2022 yang berlangsung di Sibu disambut penuh meriah dan warna warni dengan menampilkan kepelbagaian keunikan rakyat Bumi Kenyalang.

Sambutan pada kali ini disempurnakan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Stadium Tertutup Sibu, malam tadi.

Persembahan pentas yang mengetengahkan kebudayaan dah keharmonian kepelbagaian kaum Sarawak tampak mewarnai sambutan yang dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,000 hadirin.

Hadir sama memeriahkan sambutan isteri Premier Sarawak, Puan Sri Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak merangkap Menteri bertanggungjawab sambutan Hari Sarawak 2022, Dato Sri Fatimah Abdullah, menteri kabinet dan timbalan menteri Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki serta yang lain. -EDISI UKAS

add comment