Warganegara Brunei Termasuk Warganegara Asing Diminta Mengisi ‘Travellers Card’ Sebelum Memasuki Malaysia

SABTU, 23 JULAI 2022

MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin bersama agensi dan jabatan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri mengadakan tinjauan persediaan pembukaan sempadan darat Brunei di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh, Miri pada Sabtu. 

Tinjauan ini bertujuan memastikan persediaan rapi telah dilakukan menjelang pembukaan semula sempadan Brunei – Malaysia pada 1 Ogos 2022 nanti. 

“Perjalanan rentas sempadan melalui pos-pos kawalan darat adalah dibenarkan bermula pada 1 Ogos ini.

“Aliran trafik di ICQ Miri dijangka akan menjadi sangat tinggi kerana pengembaraan bukan sahaja warganegara Brunei tetapi juga warga tempatan  akan memenuhi ICQ ini untuk pulang ke halaman rumah setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menyekat penularan COVID-19 di Brunei ditarik balik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh, Miri pada Sabtu. 

Dalam pada itu, Dato Sri Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin mengingatkan warganegara Brunei termasuk warganegara asing perlu mengisi terdahulu “Travellers Card” menerusi aplikasi MySejahtera.

“Warganegara asing termasuk warganegara Brunei adalah dinasihatkan untuk mengisi terdahulu “Travellers Card” menerusi aplikasi MySejahtera untuk lebih menjimatkan masa proses kemasukan sempadan,” ujar beliau lagi. 

Dalam tinjauan itu, Dato Sri Lee turut memeriksa semua struktur sedia ada serta menyemak semula keperluan papan-papan tanda termasuk LED yang telah disediakan sejak pembukaan semula sempadan negara untuk keperluan penting pada 1 April lepas.

Beliau turut meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menurap semula lubang dan jalan-jalan yang tidak rata di laluan masuk dan keluar Kompleks ICQS tersebut.

Hadir sama,, Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Ketua Imigresen Bahagian Miri Marie Ajeng, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr. P. Raviwharmman A/L Packierisamy, Pemangku Ketua Seksyen Perancangan dan Pembangunan Sosial Pejabat Residen Bahagian Miri Nora Shafia Muhiyuddin dan wakil PKB Miri, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), JKR, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Pejabat Daerah Miri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Majlis Bandaraya Miri (MBM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia