SELASA, 26 JULAI 2022
SARIKEI: Musibah dihadapi penduduk di beberapa buah rumah panjang sekitar Muara Payang Sarikei yang tidak mendapat bekalan air bersih mendapat perhatian Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datu Len Talif Salleh.
Prihatin dengan nasib mereka, Datu Len telah menyumbangkan sebanyak 130 kotak air mineral bersaiz 1.5 liter kepada penduduk terjejas pada Isnin.
Agihan dilaksanakan oleh Pusat Khidmat DUN Kuala Rajang bagi mewakili Datu Len kepada Rumah Sumpung (22 kotak), Rumah Muli (26), Rumah Sujang (28), Rumah Jugah (32) dan Rumah Peter Jai di Terminal Penumpang 1, Sarikei (22).
Sehubungan itu, beliau berharap bantuan tersebut sedikit sebanyak membantu penduduk di kawasan Muara Payang untuk sementara waktu hingga pihak berwajib menyelesaikan masalah bekalan air yang terjejas di kawasan itu. – EDISI UKAS