Kerajaan Tubuhkan Bank Bergerak ATM dan CDM, Permudahkan Hidup Rakyat Luar Bandar

RABU, 27 JULAI 2022.

MUKAH: Inisiatif Kerajaan Sarawak membantu masyarakat luar bandar diteruskan melalui penubuhan Bank Bergerak ‘Automated Teller Machine’ (ATM) dan ‘Cash Deposit Machine’ (CDM).

Majlis Perasmian Hari Pertama Bank Bergerak ATM dan CDM, telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah bertempat di Oya Square pada Isnin lepas.

Bank Bergerak ATM dan CDM tersebut diusahakan oleh pihak RHB Banking Group di daerah Mukah untuk membantu masyarakat luar bandar.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan Bank Bergerak RHB adalah Pengeluaran Tunai (ATM), Pendeposit Tunai (CDM), Pemindahan Wang (Fund Transfer), Bayaran Bil, Bayaran Balik Pinjaman/Pembiayaan dan Kad Kredit dan Advisory and facilitating consumers digital onboarding.

Perkhidmatan servis tersebut diadakan tiga kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat antara jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Selain itu, Dato Sri Fatimah turut memohon agar perkhidmatan serupa dapat diadakan di Pekan Sabtu, Oya pada masa akan datang.

Turut hadir Residen Bahagian Mukah Kueh Lei Poh, Temenggung Bahagian Mukah Hendi Suhai, Wakil Pemangku Pegawai Daerah Dalat Alicesia Was, Pengurus RHB Wilayah Sarawak Mohd Tony Ong Abdullah, Pengarah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Wilayah Sarawak Halim Boweng, Pengurus Bank Negara Malaysia Kuching Rantai Naga serta tetamu lain.-EDISI UKAS

add comment