Pelabuhan Miri Menangi Anugerah Kecemerlangan Korporat & Anugerah Kecemerlangan Korporat 2022

ISNIN, 1 OGOS 2022

MIRI: Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Palu @ Paulus Palu Gumbang mengumumkan Pelabuhan Miri telah memenangi anugerah bagi kategori Kecemerlangan Korporat dalam Anugerah Perusahaan Asia Pasifik (APEA) 2022 Malaysia. 

Selain itu, beliau turut memaklumkan Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Miri Serawa Budol turut memenangi Anugerah Kategori Kecemerlangan Korporat tahun 2022

“Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Miri Serawa Budol turut memenangi Anugerah Kategori Kecemerlangan Korporat tahun 2022 bagi kategori sektor awam.

“Ini merupakan pengiktirafan yang jarang diberikan kepada kategori Sektor Awam. 

“Tahniah kepada Pasukan Pengurusan dan kakitangan Lembaga Pelabuhan Miri,” katanya semasa berudap dalam Majlis Penghargaan dan Kecemerlangan 2022 Miri Port Authority (MPA) di Hotel Imperial Miri di sini pada Jumaat. 

Pada majlis itu, telah diadakan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019, 2020 dan 2021 kepada 27 penerima serta Penyampaian Aungerah Perkhidmatan Lama kepada 28 penerima yang telah berkhidmat lebih 10 hingga 40 tahun. 

Selain itu, turut disampaikan penghargaan dan anugerah kepada beberapa orang kakitangan Lembaga Pelabuhan Miri dalam beberapa kategori. 

Hadir sama Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Dato Majang Renggi, Kaunselor Jeffrey Phang yang mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, wakil Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Miri merangkap Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak Mohd Zakaria Abdul Wahad, wakil Residen Bahagian Miri Rose Edward Tarang, Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dan Lembaga Pelabuhan Miri Serawa Budol.-EDISI UKAS

add comment