Penganjuran Program Bakat Kamek Kitak Untuk Mengisi Masa Lapang & Pendedahan Kepada Aktiviti Sihat

ISNIN, 1 OGOS 2022

MIRI: Penganjuran Program Bakat Kamek Kitak ini amat sesuai diadakan untuk mengisi masa lapang dan mendedahkan generasi muda di Miri terhadap aktiviti yang sihat. 

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan 1 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, program seperti bengkel Sape’, silat dan masakan kuih tradisional merupakan aktiviti yang wajar dikekal dan diteruskan supaya tidak hilang ditelan arus kemodenan. 

“Saya juga melihat dalam program bahawa terdapat bengkel berkaitan kraft berasaskan manik seperti ‘Loom Beading’ dan ‘Ceramic Bead’ serta bengkel seni lukis seperti water colour painting, seni lukis batik dan ‘tree bark painting’. 

“Ini merupakan seni jarang-jarang boleh dikuasai orang ramai,” katanya semasa berucap mewakili Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Majlis Penutupan Program Bakat Kamek Kitak anjuran Persatuan Pelukis dan Seni Visual Miri (PPSVM) di Coco Cobana, Miri pada Sabtu. 

Justeru, beliau berharap penganjuran bengkel ini akan dapat melahirkan ramai penggiat-penggiat seni baharu dalam bidang-bidang tersebut dan mungkin boleh diadakan dengan lebih kerapkan lagi untuk mengasah bakat-bakat terpendam anak muda di Miri.

Dalam pada itu, Dato Sri Abdul Karim menerusi teks ucapannya juga memberitahu beliau tertarik dengan Bengkel Seni Arca Assemblaj Berfungsi “Trash To Music’ selepas membaca buku program. 

“Ini merupakan satu seni sangat unik dan mesra alam di mana barang-barang terpakai digabungkan menjadi sebuah alat muzik yang berfungsi dan dikatakan menghasilkan bunyi atau melodi persis seperti yang asli. 

“Ini juga merupakan satu seni yang patut diterapkan kukuh dalam diri anak-anak muda kita di Miri agar Miri kekal sebagai bandar yang mesra alam, kreatif, inovatif dan menarik untuk kunjungan pelancong agar kita dapat meningkat majukan sektor pelancongan kita di Sarawak amnya dan Miri Khasnya,” ujarnya lagi. 

Program Bakat Kamek Kitak telah diadakan selama dua hari bermula 29 hingga 30 Julai 2022 di Coco Cabana dengan pelbagai jenis bengkel kesenian dan kebudayaan telah diadakan yang bertujuan mengekalkan tradisi agar tidak lapok ditelan arus zaman yang semakin moden. 

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak yang juga ADUN Telang usan Dennis Ngau, wakil Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri merangkap ADUN Pujut Kelvin Hii Shin Yang, Ketua Pegawai Eksekutif (Business Event Sarawak) Elynnie Dominic Jau, Pengerusi Persatuan Pelukis dan Seni Visual Miri Noel Beluluk dan Ketua Unit Usahawan Mikro, Jabatan Kebajikan Masyarakat Norhidayahti.-EDISI UKAS

add comment