Rahni Ros, Nur Dalili Ismail Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Sebauh

SELASA, 2 OGOS 2022

BINTULU: Rahni Ros dan Nur Dalili Ismail telah muncul sebagai johan Qari dan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Sebauh.

Majlis tilawah tersebut merupakan anjuran Pejabat Daerah Sebauh dan Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Sebauh (JTAIS) yang diadakan di Kampung Melayu Hilir Sebauh pada Ahad.

Selain itu, majlis ini juga turut menyaksikan Qari Yassin Abbas dan Qariah Syafiqah Najwa Zafridin mendapat tempat kedua.

Manakala, bagi tempat ketiga pula, Qari Ismail @ Ismaili Daup dan Qariah Timah Rose mendapat tempat ketiga dalam tilawah al-quran ini.-EDISI UKAS

add comment