Kerajaan Salur Peruntukan Besar Perangi Najis Dadah

RABU, 3 OGOS 2022.

SELANGAU: Program Menangani Isu Dadah & Substance merupakan satu inisiatif Kerajaan dalam memerangi penyalahgunaan dadah.

Pegawai Daerah Selangau, Inting Nyami berkata kerajaan telah menyediakan peruntukan bagi melaksanakan kempen membasmi dadah.

Beliau berkata, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, telah mengistiharkan bahawa dadah adalah musuh yang harus dihapuskan.

“Kerajaan telah banyak menyediakan peruntukan untuk program membasmi dadah.

“Dengan adanya usaha Kerajaan nanti bersama masyarakat tempatan kes tersebut dapat bekurangan atau terus tiada,” katanya dalam Majlis Perasmian Dialog One Stop Commitee bagi menangani Isu Dadah & Substance Peringkat Daerah Selangau pada Selasa.

Ujar beliau, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum serta pemimpin di peringkat akar umbi dipertanggungjawabkan untuk bersama-sama membenteras kes dadah di kawasan masing-masing.

“Cara yang sebegini akan memberi kesan positif terhadap usaha kita membanteras dadah,” katanya.

Beliau dalam pada itu menyeru semua pihak yang bertanggungjawab supaya berani menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sarawak (AADK).-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia