14 Peserta Sertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Subis

KHAMIS, 4 OGOS 2022

MIRI: Seramai 14 orang peserta telah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Subis bertempat di Masjid Al-Muttaqin, Bekenu.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus pada Isnin.

Qari Azmi Ismail dan Qariah Nurul Izzati Mukhali masing-masing telah mendapat tempat pertama untuk peserta lelaki dan perempuan anjuran Jawatankuasa Tetap Perayaan Hari Kebesaran Islam Daerah Subis.

Antara acara lain adalah pembukaan kaunter bergerak ‘mobile counter’ Tabung Haji Miri dan kaunter Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Turut hadir ialah Residen Bahagian Miri, Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pegawai Daerah Subis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Tilawah Al-Quran Tahun 2022, Norlila Ulis, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Sharkawi Suhaili dan wakil Pemangku Pegawai Agama Islam Bahagian Miri, Ustazah Nurul Amira Adris. – EDISI UKAS

add comment