18 Penduduk Kawasan Long Puak, Long Banyok Terima Pampasan Kemusnahan Tanaman

KHAMIS, 4 OGOS 2022

BARAM: Seramai 18 penduduk dari sekitar kawasan Long Puak dan Long Banyok dalam Daerah Telang Usan telah menerima cek pampasan kemusnahan tanaman berikutan pembinaan jalan dari Long Lama ke Loagan Sibong di bawah Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA).

Pemberian pampasan ini merupakan pembayaran untuk fasa kedua yang telah diserahkan di Pejabat Daerah Telang Usan pada Rabu.

Untuk makluman, fasa pertama pembayaran pampasan ini telah dibayar kepada pemilik tanah-tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang terlibat.

Dalam pada itu, pihak HDA berharap dengan selesainya pembayaran tersebut, pemilik tanah NCR yang terlibat akan dapat memberi kerjasama agar projek pembinaan jalan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.

Hadir dalam penyerahan pampasan berkenaan adalah wakil Pegawai Daerah Telang Usan Ping Anyi, wakil HDA Fadzil Asri, dan Pegawai Perhubungan Awam HDA Gurong Wan. -EDISI UKAS

add comment