Allan Siden Tinjau Projek Jambatan Sungai Kanowit Machan

KHAMIS, 4 OGOS 2022

MACHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong mengadakan lawatan ke Tapak Projek Jambatan Sungai Kanowit Machan bersama Pemanca Leong Khing Hee, Tuai Rumah, Kapitan serta WAHBA Consultans pada Khamis.

Menurut Allan, apabila siap nanti, jambatan tersebut akan memudahkan penduduk Machan khususnya tujuh buah rumah panjang di Machan melakukan urusan harian selain merancakkan aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi di Pekan Machan.

Katanya, selain menjadi penghubung, jambatan itu juga akan memberi banyak manfaat kepada lebih dari sebuah rumah panjang di Machan.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat di kawasan Machan bersabar menanti projek itu siap sepenuhnya tidak lama lagi di mana ketika ini ia masih dalam fasa ‘Landscaping Finishing’. – EDISI UKAS

add comment