Mohd Chee Hargai Kesiapsiagaan Pergerakan Wanita PBB Kabong Hadapi PRU15

KHAMIS, 4 OGOS 2022

KABONG: Kesiapsiagaan barisan Pergerakan Wanita PBB N.40 Kabong untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 mendapat penghargaan Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir.

Justeru, beliau mahu Pergerakan Wanita PBB N.40 Kabong terus memperkasakan persiapan mereka untuk menghadapi PRU15 yang mungkin akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Mesyuarat Pergerakan Wanita PBB N.40 Kabong di Pusat Khidmat ADUN Kabong pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Chee berkata penubuhan sayap baharu untuk golongan belia berumur 18-28 tahun sangat penting untuk kumpulan belia dalam usia berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru sokongan padu diberikan terhadap penubuhan sayap baru itu untuk menampung keperluan dan kepentingan golongan ini.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Pergerakan Wanita PBB Kabong, Normah Ahmadi bertujuan merancang aktiviti-aktiviti bersama Pemuda PBB Cawangan Kabong. – EDISI UKAS

add comment