JUMAAT, 5 OGOS 2022
BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyumbangkan peruntukan sebanyak RM3,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kai Sing pada Rabu.
Sumbangan tersebut bagi membantu pihak PIBG sekolah itu untuk membeli Sistem Pengumuman Awam atau PA Sistem.
Datuk Ding dalam ucapan perasmian Hari Guru Peringkat Sekolah SJKC berkata tugas seorang pendidik atau guru bukan sahaja mengajar malah mendidik sahsiah anak-anak murid untuk menjadi insan yang berguna dan berbakti kepada negara.
Tambahnya, dengan kesabaran dan kejujuran didikan guru kepada generasi baru ini akan mencorakkan mereka mengikut acuan dan aspirasi yang telah digariskan oleh kerajaan.
Jelasnya, dunia pendidikan telah banyak berubah terutamanya dari segi pembelajaran berasaskan teknologi terkini supaya murid-murid akan peka dengan arus kemodenan yang dikecapi pada masa ini.
Dalam pada itu, beliau sempat merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas penganjuran hari guru di sekolah itu bagi menghargai segala usaha gigih para pendidik dalam melaksanakan tugasnya. – EDISI UKAS