ADUN Murum Saksi Penyerahan Tapak Projek RTP

JUMAAT, 5 OGOS 2022

SEBAUH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon bersama-sama dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu menyerahkan tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) kepada pihak kontraktor yang terlibat.

Majlis Penyerahan Tapak Projek RTP yang diadakan pada Khamis itu turut disaksikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terlibat bagi penyerahan tapak naiktaraf jalan masuk ke Rumah Panjang Karom Jong, Sungai Rasan dan naiktaraf jalan masuk ke Rumah Panjang Madlan Ngadi, Sungai Engkasu Tubau Sebauh.

Dalam pada itu, Kennedy turut berkesempatan memantau serta melihat keperluan rakyat khasnya di beberapa kawasan sekitar Tubau.

Selain itu, beliau turut berharap agar semua projek rakyat yang dirancangkan dan yang akan dilaksanakan berjalan dengan lancar demi keselesaan dan kesejahteraan masyarakat di kawasan itu. – EDISI UKAS

add comment