Gotong-Royong Bersempena Lawatan Kerja Premier Sarawak Berjalan Lancar

JUMAAT, 5 OGOS 2022

KAPIT: Ahli Jawatankuasa Rumah Empawie Sungai Sekukut bersama agensi yang berkaitan mengadakan gotong-royong bagi persediaan awal Lawatan Kerja Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada Jumaat.

Lawatan kerja Premier Sarawak adalah bersempena dengan pelancaran Sarawak Multimedia Authority Rural Telecomunication (SMART) pada 9 Ogos 2022 nanti.

Dalam pada masa yang sama, agensi yang terlibat turut memainkan peranan masing-masing bagi memastikan penyediaan dan kelengkapan dilakukan sebaik mungkin menjelang lawatan kerja Premier Sarawak nanti.-EDISI UKAS

add comment