Kelab Jabatan Pertanian Engkilili/Lubok Antu Aktifkan Semula Aktiviti Tahunan

JUMAAT, 5 OGOS 2022

LUBOK ANTU: Kelab Jabatan Pertanian Engkilili/Lubok Antu mulai aktif semula melaksanakan aktiviti tahunan setelah dua tahun menyepi susulan pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, kelab berkenaan telah mengadakan Majlis Merarau yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, pada Khamis.

Majlis tersebut bertujuan menyemai semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli kelab dan warga tani termasuk masyarakat setempat. -EDISI UKAS

add comment