Pembinaan TTG Bahagian Miri Mengambil Masa 3 Bulan Untuk Disiapkan

JUMAAT, 5 OGOS 2022

MIRI: Pembinaan Tempat Transit Gelandangan (TTG) Bahagian Miri akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk disiapkan. 

Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, lokasinya telah pun dikenal pasti iaitu di belakang Pejabat Residen Bahagian Miri yang lama. 

Katanya lagi, kapasiti TTG ini boleh menampung seramai lebih 20 orang.

“Sekurang-kurangya 3 bulan masa akan diambil bagi pembinaan Tempat Transit Gelandangan Bahagian Miri dan kita masih lagi menunggu status tanah untuk diluluskan oleh Kerajaan Sarawak

“Kita meletakkan Tempat Transit Gelandangan Bahagian Miri dalam ‘priority list’ dan diharap pembinaan ini dapat disegerakan bagi menempatkan gelandangan yang telah direkodkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Miri,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan TTG Bahagian Miri di sini pada Jumaat. 

Untuk rekod, bahagian Miri mempunyai seramai 24 orang gelandangan yang terdiri daripada 22 orang lelaki dan dua orang lagi perempuan. 

Hadir sama Pemangku Ketua Seksyen Perancangan dan Pembangunan Sosial, Pejabat Residen Bahagian Miri Nora Shafia Muhiyuddin, wakil Pemangku Pegawai Daerah Miri Edward Tawang, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak Lau Ngee Wei, waklil Majlis Pembangunan Sosial (MPS), wakil Majlis Bandaraya Miri (MBM), wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri, wakil Jabatan Tanah dan Survei (JTS), wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak Bahagian Miri, wakil Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, wakil Syarikat Samling Timber Sdn Bhd dan Pegawai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).-EDISI UKAS

add comment