Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat Daripada MTDC

JUMAAT, 5 OGOS 2022

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Kemajuan Teknologi Malaysia (MTDC) di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat.

Kunjungan selama lebih kurang 30 minit itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Norhalim Yunus bersama dengan Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Dr Zaidi Razak.

Bercakap kepada media, Datuk Norhalim memberitahu, tujuan pihaknya mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak adalah untuk berkongsi beberapa maklumat mengenai kerjasama di antara MTDC dan SDEC yang sudah berlangsung selama beberapa tahun.

Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Teknologi Teroka MTDC, Mohammad Hazani Hassan, Naib Presiden MTDC, Rosliza Zukkafli dan Timbalan Naib Presiden Jabatan Pembangunan Perniagaan, Soeraya Satem Ahmad.-EDISI UKAS

add comment