Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Bahagian Serian Pada 18 & 19 Ogos Ini

JUMAAT, 5 OGOS 2022

TEBEDU: Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Bahagian Serian akan dilancar selama dua hari pada 18 dan 19 Ogos ini di Dataran Lepapa, Serian.

Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot dijangka akan menyempurnakan pelancaran tersebut.

Objektif program adalah bertujuan untuk mempromosikan pembudayaan hidup sihat, memperkasakan rakyat dalam kawalan kesihatan kendiri di samping memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan rakan strategik.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah senamrobik, flashmob kesihatan, saringan kesihatan, pemeriksaan kesihatan, demo masakan sihat dan pameran pelbagai agensi di lokasi program.-EDISI UKAS

add comment