Pertandingan Bola Tampar Campuran Sempena Mini Karnival Kecergasan Pentadbiran Bahagian Serian 2022

JUMAAT, 5 OGOS 2022

SERIAN: Pertandingan Bola Tampar Campuran sempena Mini Karnival Kecergasan Pentadbiran Bahagian Serian 2022 telah berlangsung di gelanggang bola tampar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Batu 35 pada Khamis.

Keputusan pertandingan menyaksikan pasukan Sedadu Ranger dari Pejabat Residen Bahagian Serian tampil sebagai Juara, naib juara milik pasukan PADAT dari Pejabat Daerah Tebedu manakala tempat ketiga dimenangi bersama oleh pasukan dari Pejabat Daerah Serian dan Pejabat Daerah Siburan.

Penyampaian hadiah telah disempurna oleh wakil Residen Bahagian Serian, Suzana Pidan.

Selain Bola Tampar, terdapat sukan lain yang dipertandingkan iaitu futsal, bola jaring, badminton, ping pong, carom dan olahraga.

Objektif program adalah untuk membudayakan sukan dalam perkhidmatan awam Sarawak di samping meningkatkan produktiviti penyampaian perkhidmatan. -EDISI UKAS

add comment