Premier Sarawak Menerima Kunjungan Hormat Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Malaysia

ISNIN, 8 OGOS 2022

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Malaysia di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Isnin.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato Johari Abdul.

Turut mengiringi rombongan ialah Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.

Difahamkan, kunjungan hormat itu dilakukan bagi memaklumkan kepada Premier Sarawak berhubung keselamatan di Sarawak dan Malaysia amnya.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak Datuk Dr Chai Khun Chung. -EDISI UKAS

add comment