Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib Terima Kunjungan Hormat Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak

KHAMIS, 11 OGOS 2022

KUCHING: Isteri kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Sarawak, Datin Sri Baduyah Bujang di Demak Jaya di sini pada Khamis.

Kunjungan itu bertujuan bagi memaklumkan kepada beliau mengenai acara yang akan diadakan iaitu ‘Amazing Race’ Sarawakku Sayang 2022 pada Sabtu ini.

Katanya, acara itu akan dimulakan di pekarangan di Dewan Undangan Negeri lama dan diakhiri di Damai Beach Hotel dan majlis penutupan juga akan disempurnakan oleh Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib di Damai Beach Hotel pada 13 Ogos 2022.

Justeru, peserta pada tahun ini begitu menggalakkan dan yang terbanyak sepanjang menganjurkan ‘Amazing Race’ sejak 2012.

Sehubungan itu, kali ini kita menerima penyertaan yang paling banyak iaitu 50 buah kereta dan seramai 250 peserta kesemuanya adalah pegawai wanita dari penjawat awam jabatan Kerajaan Negeri serta Kerajaan Pesekutuan,” katanya. – EDISI UKAS

add comment