JaPEN Betong Adakan Program Info On Wheels

JUMAAT, 12 OGOS 2022

BUKIT SABAN: Sempena Bulan Kemerdekan, Jabatan Penerangan Daerah Betong telah mengadakan program Info On Wheels (IOW) di rumah Panjang Kelimbang Penyulok Layar Betong pada Rabu.

Program IOW merupakan program inisiatif Jabatan Penerangan dalam mempelbagaikan kaedah penyampaian maklumat dan dasar-dasar Kerajaan melalui hebahan Unit Bergerak sebagai medium perantara, edaran dan penerangan bahan penerbitan ole pegawai-pegawai penerangan bersama pemimpin masyarakat ke peringkat akar umbi.

lOW juga antara usaha Jabatan Penerangan membuat sebaran atau hebahan informasi kepada orang awam tentang maklumat sahih berkaitan sesuatu isu bagi mengekang penularan berita tidak benar.

Dalam pada itu, program didapati berjalan lancar dan disambut baik oleh masyarakat di rumah panjang Kelimbang Penyulok Layar, Betong.-EDISI UKAS

add comment