JUMAAT, 12 OGOS 2022
SARATOK: Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Cawangan Saratok telah mengadakan Majlis Pelancaran Road Tour PITSA di Dewan Masyarakat Sri Krian pada Khamis.
Majlis Pelancaran telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.
Program ini dihadiri lebih kurang 100 orang ibu tunggal di kawasan Saratok dan dipenuhi dengan berbagai aktiviti seperti seminar, pameran agensi, pemeriksaan kesihatan serta kempen derma darah.
Selaras dengan tema Memperkasakan Ekonomi Wanita Melalui Literasi Digital, PITSA akan bergerak seluruh Sarawak bertujuan untuk memperkukuhkan ekonomi wanita luar bandar.
Menurut Pengerusi PITSA Cawangan Saratok, Cr Dayang Rosnah Abang Drashid, wanita juga perlu kesedaran undang-undang supaya tahu akan tanggungjawab mereka dalsm menangani isu-isu rumahtangga.
Program Road Tour ini juga boleh menjalinkan hubungan saturahim antara ahli-ahli PITSA seluruh Sarawak.
Turut hadir mantan ADUN Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz, Pegawai Daerah Saratok Haron Mahidi serta Pengerusi PITSA Sarawak Dayang Noorazlinah Abang NoorZuki.-EDISI UKAS