Rombongan TERATAI, PUSPANITA Lawat Galeri Songket & Keringkam Sarawak

JUMAAT, 12 OGOS 2022

KUCHING: Galeri Songket dan Keringkam Sarawak merupakan antara tarikan utama pengunjung datang ke negeri ini.

Persatuan Amal Isteri Wakil Rakyat Pahang (TERATAI) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) turut tidak melepaskan peluang pada hari kedua lawatan kerja dan kunjungan rasmi ke Galeri Songket dan Keringkam Sarawak, disini pada Jumaat. 

Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi TERATAI, Datin Sri Dato’ Burhah Mohammed itu disambut oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan  Sarawak (Operasi) Datu Dr. Sabariah Putit dan Pengurus Besar Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Commercial, Shahren Yusri. 

Dalam pada itu, Isteri kepada Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bersama rombongan turut dibawa melihat pameran produk-produk tenunan songket dan keringkam Sarawak seperti tudung keringkam, beg yang diperbuat dari kain tenunan songket yang dipamer dalam galeri berkenaan. 

Difahamkan, rombongan seramai 41 orang itu dijangka akan melawat CENTEXS pada sebelah petang pukul 2.30 petang nanti.-EDISI UKAS

add comment