TYT Kurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Kepada 136 Penerima

KHAMIS, 11 OGOS 2022

KUCHING: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah mengurniakan darjah-darjah kebesaran dan pingat negeri Sarawak kepada 136 penerima di Dewan Besar Astana Negeri di Kuching pada Khamis.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan Darjah  Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) kepada enam penerima iaitu Pemanca Peter @ Peter Lai Sakul, Pemanca Lau Oi Phen, Hii Sieh Toh, Wong Tiong Kee, Jong Yee Kie dan Musin Radin.

Kemudiannya, pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) kepada 18 penerima antaranya Mohamad Khirudin Amdan, Mohamad Jirin Anis, Dr. Victor Luna, Rambli Ahmad, Ting King Boh dan Saip Sulong.

Seterusnya, Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (ABS) dikurniakan kepada 30 penerima antaranya Kuah Ted Chai, Lau Ing Kung, Chu Chin Siang, Lee Foh Kueh, Liew Tho Bui, Tang Liung Poh, Tang Tiing Ping, Tang Teck Ann, Nawan Bala, Tay Guan Boo, Aging Bato, Eric William Usan, Michael Nyaleng dan Robert Jeno.

Istiadat diteruskan dengan penganugerahan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (ABK) kepada 14 penerima iaitu Syed Hassim Shah Syeed Idrus, Matjin Sumil, Mohamad Asri Abdullah, Yong Ing Hock, Tay Choon Seng, Penghulu Wong Chiu Uo, Phuan Pho Lee, Laing Uvang, Penghulu Wang Ering, Ungan Nijau, Latifah Seruji, Abdullah Samat, Lau Khong Kui dan Tiong Chee Sie.

Turut dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) kepada 34 penerima antaranya Awang Mahadi Awang Mat, Sarjan Sariffuddin Mohamed, Abang Masalrudin Abang Adeni, Mohamad Hisyam Abdullah @ Smith Nisau dan Jamilah Seruji.

Majlis Istiadat disudahi dengan pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (BBS) kepada 34 penerima yang didahului oleh Zakaria Saberi Melhi, Awangku Abdul Wahab Awangku Mohamad dan Mohamad Sahari.

Turut hadir, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib serta tetamu kenamaan yang lain.- EDISI UKAS

add comment