Pejabat Kesihatan Miri Anjur Program Khidmat Masyarakat Di Kampung Tudan Fasa 4 & 5

SABTU, 13 OGOS 2022

MIRI: Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Miri telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat (Outreach) Nutrisi Kesihatan Awam di Dewan Masyarakat Kampung Tudan Fasa 4 & 5 di sini pada Sabtu. 

Program yang disasarkan kepada kanak-kanak di bawah umur 6 tahun, ibu bapa, guru prasekolah kerajaan dan masyarakat setempat itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Miri dan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tudan Fasa 4 & 5. 

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya saringan berat dan tinggi di kalangan kanak-kanak, saringan kesihatan dewasa, ujian pap smear untuk wanita dan pemeriksaan payudara.

Turut juga diadakan demonstrasi memasak makanan berkhasiat yang sihat, permainan interaktif bertemakan pemakanan sihat, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, kuiz kesihatan, pameran dan ceramah promosi kesihatan.

Sambutan yang diterima sangat menggalakkan daripada penduduk setempat. 

Hadir sama Pakar Perubatan Kesihatan Awam yang juga Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr. Raviwharmman A/L Packierisamy, Penghulu bagi Kawasan Lutong Nasir Rahim,Ketua Kampung Tudan Fasa 4 & 5 Yaakub Sebli, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Ketua Sektor Pembangunan Kesihatan Keluarga Bahagian Miri Dr Noor Izni Mohammad Shapie, Pegawai Sains Pemakanan Catherine Mering, wakil Pegawai KEMAS Bahagian Miri Elizabeth Mujan Ajang dan pasukan Kejururawatan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.-EDISI UKAS

add comment