Projek Jambatan Gantung Kampung Hulu Serian Kini Siap

SABTU, 13 OGOS 2022

SERIAN: Projek Jambatan Gantung Kampung Hulu Serian kini siap sepenuhnya sekaligus memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur, Jepun dan Korea Selatan, Dato Sri Richard Riot Jaem berkata, projek pembinaan jambatan gantung berkenaan adalah merupakan Projek Rakyat 2021 daripada kerajaan Sarawak.

Jelas Ahli Parlimen Serian itu, projek berkenaan dibangunkan dengan kos sebanyak RM295,000 dan siap pembinaannya pada 12 April lepas.

“Saya berharap penduduk kampung memanfaatkan jambatan gantung yang digunakan untuk ke kawasan pertanian sekaligus menjana pendapatan kepada penduduk kampung,” katanya semasa menyempurnakan majlis perasmian projek jambatan tersebut pada Jumaat.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus, Residen Bahagian Serian, Selamat Jati Yanjah dan tetamu jemputan lain.

Difahamkan, jambatan gantung itu mampu menampung seramai 30 orang dalam satu-satu masa termasuk motosikal dan basikal. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia