Datin Sri Dato Burhah Berangkat Pulang Ke Kuala Lumpur

AHAD, 14 OGOS 2022.

KUCHING: Isteri kepada Menteri Besar Pahang, Datin Sri Dato Burhah Mohammed tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada Ahad selepas melakukan lawatan selama Empat hari ke Sarawak.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Dr Sabariah Putit, Rombongan Ahli Persatuan Amal Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Pahang (TERATAI) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Negeri Pahang, serta tetamu lain.

Terdahulu, beliau berkesempatan menunaikan solat Zohor sebelum berangkat pulang.

Selepas itu, beliau bersama tetamu lain disajikan jamuan ringan.-EDISI UKAS

add comment