Masyarakat Diminta Sentiasa Sokong BDA Pastikan Perancangan Pembangunan Jepak Jaya Jadi Kenyataan

AHAD, 14 OGOS 2022

BINTULU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM35,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sebiew, Surau Darul Taqwa Kampung Sebiew dan Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Bahagian Bintulu (JTAIB). 

Daripada jumlah itu, JKKK Kampung Sebiew menerima sumbangan sebanyak RM5,000, Surau Darul Taqwa Kampung Sebiew pula menerima sumbangan sebanyak RM20,000 manakala JTAIB  juga menerima RM10,000.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan di Surau Darul Taqwa, Kampung Sebiew Bintulu di sini pada Jumaat. 

Dalam ucapannya, beliau menyeru agar masyarakat khususnya di kawasan DUN Jepak sentiasa menyokong Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi memastikan perancangan pembangunan Jepak Jaya sebagai  penempatan baharu masyarakat Bintulu berjalan lancar dan jadi kenyataan. 

Selain itu, beliau juga meminta masyarakat Va’ie agar terus merapatkan ukhuwah dan tidak berpecah belah di samping tidak terpengaruh dengan senario politik semasa.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Bintulu Pn Suzanna Anak Indiat dan Pegawai Agama Islam Bintulu merangkap Setiausaha JTAIP Bintulu Ustaz Zulhazri Paib.-EDISI UKAS

add comment