Kesedaran Penyakit Rabies Masih Kurang, Kucing Juga Berisiko Dijangkiti Rabies

ISNIN, 15 OGOS 2022

LIMBANG: Majlis Daerah Limbang dan Cat Rescue Club dengan kerjasama Jabatan Verteriner telah menganjurkan Program Kesedaran Rabies bagi kali kedua peringkat daerah Limbang pada tahun ini. 

Walikota Majlis Daerah Limbang merangkap Pengerusi Cat Rescue Club Kaunselor Sufian Mohat berkata, penganjuran kali ini ada penambahbaikan berbanding sebelumnya yang hanya melibatkan pemberian vaksin Rabies di kawasan tertentu sahaja tetapi dari segi kesedaran itu masih kurang sampai kepada masyarakat. 

“Kita memanggil Cat Rescue Club bersama-sama dengan kita untuk menganjurkan Merdeka Fun Cat Show 2022 bagi memberi kesedaran bahawasanya bukan sahaja anjing yang berisiko, tetapi haiwan lain juga seperti kucing dan sebagainya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Merdeka Fun Cat Show 2022 di Dewan Kampung Bunga Raya di sini pada Sabtu. 

Terdahulu, pada sebelah pagi telah diadakan ceramah Kesedaran Rabies dari Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang dengan tajuk Penyakit Rabies dan Cara Menangani Gigitan Haiwan Peliharaan.

Mengenai penyakit Rabies di daerah Limbang, jelas Kaunselor Sufian, dari tahun 2020 sehingga hari ini hanya tiga kes sahaja direkodkan. 

“Kita juga bersyukur kerana kes Rabies di Limbang tidak banyak. Bermula tahun 2020 sehingga ke hari ini hanya 3 kes sahaja telah dikesan di daerah Limbang. 

“Jadi bagi kita di daerah Limbang masih dalam keadaan yang selamat. 

“Cuma kita hendak memberikan pendedahan kepada masyarakat supaya bersama menjaga haiwan peliharaan sendiri supaya tidak bebas di luar dan sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan yang sepatutnya serta mengambil vaksin Rabies untuk haiwan peliharaan masing-masing terutamanya untuk anjing dan kucing,” jelasnya. 

Sebanyak 67 penyertaan telah diterima daripada pemilik-pemilik kucing dari daerah Limbang dalam Aktiviti Cat Fun Show 2022 yang berlangsung selama dua hari. EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia