Premier Sarawak Bakal Umum Pakej BKSS Baharu

ISNIN, 15 OGOS 2022.

SIBU: Satu pakej baru bagi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) akan diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam masa terdekat.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Profesor Dr. Sim Kui Hian memberitahu, bantuan tersebut adalah untuk meringankan beban yang dipikul oleh masyarakat tempatan berikutan peningkatan kos sara hidup. 

“Saya telah berbincang dengan Premier Sarawak berkenaan perkara ini dan beliau akan mengumumkan pakej terbaharu BKSS dalam masa terdekat.

“Bantuan yang akan diberikan termasuk diskaun bil elektrik yang mana diskaun di bawah BKSS 8.0 telah tamat tempohnya pada 30 Jun lalu,’’ jelasnya ketika ditemui media dalam lawatan ke beberapa projek di kawasan Bukit Assek dan Pelawan di sini pada Ahad.

Terdahulu, lawatan kerja Dato Sri Profesor Dr. Sim bermula di Projek BP1 menaik taraf longkang Lorong 3, Jalan Perpati di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek dengan kos berjumlah RM380,000 di mana kerja naik taraf akan bermula pada September depan dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Seterusnya, beliau melawat ke Jalan Dr Wong Soon Kai iaitu Projek BP1 membina longkang konkrit di sepanjang jalan utama sebagai menangani isu Lorong Pipit 4 yang sering mengalami banjir kilat ketika hujan lebat.

Projek tersebut akan bermula pada September depan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2022.

Selepas itu, Timbalan Premier Sarawak itu meninjau ke projek Taman Selera Muhibbah yang disasarkan siap pada Disember 2022.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Michael Tiang Ming Tee; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Clarence Ting Hing Orh. –EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia