SELASA, 16 OGOS 2022.
SIBU: Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU) Sarawak telah melakukan tinjauan ke Pusat Khidmat ADUN Ngemah pada Isnin.
Lawatan turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana itu bertujuan melihat sendiri pelaksanaan Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Rakyat Sarawak (MRP-PPRMS) bagi tahun 2022.
Difahamkan, sebanyak RM1 juta setahun bajet PPRMS telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak untuk wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi 2 fasa.
Projek PPRMS Fasa 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah akan dimulakan dalam masa terdekat dengan bajet yang diluluskan kerajaan Sarawak sebanyak RM500,000.
Manakala bagi Fasa 2 projek PPRMS akan dilaksanakan setelah projek Fasa 1 siap sepenuhnya.
Sementara itu, Anyi turut berkesempatan membuat tinjauan pelaksanaan Projek Tebingan Sungai Kanowit.
Turut hadir Pengarah SIMU Azmi Bujang, Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Ngemah Ramba Resang, Pembantu Khas kepada ADUN Ngemah Cliff Unting, EXCO Wanita Pusat PRS merangkap Ketua Wanita PRS Bahagian Ngemah Mutang Karani, Pegawai-pegawai SIMU dan Kakitangan Pusat Khidmat ADUN Ngemah.-EDISI UKAS